Guru-guru yang berminat mengikuti LATIHAN PERGURUAN DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2012




JPA sedang menawarkan Program Latihan Perguruan Di Bawah Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2012 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT)
TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN PERGURUAN DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2012 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT)
Tarikh Tutup 02 Mac 2012
Tempat Jepun
Tempoh 1 ½ Tahun (Oktober 2012 – Mac 2014)
Rujukan
Kategori Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan Latihan Perguruan
Syarat-syarat Permohonan
  1. Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2012;
  2. Merupakan siswazah universiti atau maktab perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar; dan
  3. Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.
Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
  1. Berkhidmat secara tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  3. Telah mengisytiharkan harta;
  4. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2008, 2009 & 2010);
  5. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  6. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
  7. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula); 
ANDA BERMINAT : Klik di sini
Syarat-Syarat Program Majlis Tadarus Al Quran 2012.. Klik di sini
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .....Tinta Emas81...... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.