Dicatat oleh
Salbiah Salleh
on Friday, May 18, 2012
/
Comments: (0)
Kasih ibu membawa ke syurga.. Walaupun sudah menganjak ke usia 30an, menjadi ibu kepada 3orang anak. Namun, kasih pada ibu makin terpahat di hati. Bila rasa susah, rimas membesarkan anak-anak. Teringat macam mana seorang ibu boleh membesarkan 9 orang anak.. Tidak berdaya untuk membalas walau setitik air susu ibu.. Ya Allah, rahmatilah ibu kami.. Berikanlah ibu kesihatan yang baik, kemanisan dalam beramal dan ganjaran pahala
http://m.youtube.com/watch?client=mv-google&v=f4J7-WR1QOY&rdm=m42fmd7cv
Guru-guru yang berminat mengikuti LATIHAN PERGURUAN DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2012
Dicatat oleh
Salbiah Salleh
on Tuesday, February 14, 2012
/
Comments: (1)
JPA sedang menawarkan Program Latihan Perguruan Di Bawah Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2012 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT)
TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN PERGURUAN DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2012 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT)
Tarikh Tutup | 02 Mac 2012 |
Tempat | Jepun |
Tempoh | 1 ½ Tahun (Oktober 2012 – Mac 2014) |
Rujukan | |
Kategori | Warganegara Malaysia |
Kursus yang ditawarkan | Latihan Perguruan |
Syarat-syarat Permohonan |
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
|
Dicatat oleh
Salbiah Salleh
/
Comments: (0)
SIFIR GAJI BARU 2012 UNTUK GURU-GURU.. (SKIM SPBA)
Dicatat oleh
Salbiah Salleh
on Saturday, December 10, 2011
/
Comments: (0)
Cikgu-cikgu dah boleh kira sendiri ye gaji baru bermula bulan Januari 2012..
Caranya :
Gaji lama skim SSM digerakkan satu tangga ke depan (kalau skrng T12 gerakkan ke T13)
Lepas tu padankan dengan gaji baru skim SPBA (JGS) yang paling hampir.. Itulah gaji cikgu yang baru..
Dicatat oleh
Salbiah Salleh
on Thursday, December 8, 2011
/
Comments: (0)
KELEBIHAN 10 MUHARRAM (HARI ASYURA)
Dicatat oleh
Salbiah Salleh
on Tuesday, December 6, 2011
Label:
ILMU.. satu perkongsian
/
Comments: (0)
(HARI INI 10 MUHARRAM..Dalam kesibukan kita meluangkan masa cuti sekolah, bekerja, menunaikan tuntutan dunia.. Jgn lupa satu hari penting yang hanya hadir sekali dalam setahun.. ia bukanlah bulan Ramadhan yang mana kita sentiasa berlumba menambah ibadat, bukan bulan zulhijjah di mana bulan kita berkorban. Tetapi bulan Muharram yang di dalamnya sarat fadhilat, kelebihan & keberkatan...Jadikan Muharram bulan penting dalam hidup kita, masukkan dalam kalendar & diari kehidupan kita... (Pesanan untuk diri sendiri)
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
· Allah telah
menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
- dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
- dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari
Assyuuraa';
- dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
- dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
- dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
- dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
- dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
- dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
- dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya
taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari
perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya
Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka
berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari
Assyuuraa'.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada
keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya
sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka
rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke
Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka
tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah
memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan
kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda
Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari
kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan Assyuuraa' kerana
ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang
mengatakan hari Assyuuraa'
kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
· 1. Allah telah menerima taubat
Nabi Adam a.s.
- 2. Allah
menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
- 3. Hari
berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
- 4. Nabi
Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan
diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
- 5. Allah
menerima taubat Nabi Daud a.s.
- 6. Allah
mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
- 7. Allah
menyelamatkan Nabi Musa a.s.
- 8. Allah
menenggelamkan Fir'aun
- 9. Allah
mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
- 10. Allah
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.