Mu'az New Book

Bermula minggu lepas, Mu'az macam excited sangat nak belajar buku baru.. Peter an Jane siri 1a,1b,1c.

sebenarnya buku ni dah lama beli. Masa birthday Mu'az yang keempat (18 jun 09). Tapi, Ummi simpan dulu buku tu sebab nampak macam Mu'az tak berminat. Ada la ajar beberapa perkataan, tapi nampak macam susah bagi Mu'az. Entah macam mana pagi sabtu lepas, Mu'az jumpa balik buku tu dan mula baca sorang-sorang.

"Peter"
"Jane"
"the dog"
"A Shop"
"A tree'



Ummi kat dapur terkejut dengar Mu'az pronounce sendiri word demi word..
Mula hari tu, Ummi mula mengadap Mu'az dan ajar menyebut perkataan demi perkataan..
Alhamdulillah.. dalam masa 2 hari habis buku 1a, sambung buku 1b.. habis dalam masa 2 hari.. sambung 1c..habis dalam masa 3 hari.

Buku 1c ni agak lambat sebab kena menulis, susun ayat dan kena sebut perkataan demi perkataan. Tulisan Mu'az takdelah kemas sangat. tapi, sebagai permulaan buat kanak-kanak yang belum dapat pendidikan formal kat sekolah, ok lah..

Minggu ni Mu'az dah mintak buku 2a, 2b, 2c.. Ummi janji minggu depan. InsyaAllah..

Buku Peter and jane ni bagus sebab dia dapat menarik minat kanak-kanak membaca dengan gambar dan perkataan yang mudah..

IQRA' pulak, target Ummi sebelum mula cuti sekolah Mu'az kena habiskan Iqra' 2.
Masa cuti fokus Iqra' 3.. Boleh ke Abg Long? :)

Salam Ukhuwwah buat semua blogger...






Pertama dan selama-lamanya syukur dirafa'kan ke hadrat Illahi kerana berpeluang menceburi bidang Blog. Tepat 31 Oktober 2009, jam 7.25 pagi. di keheningan pagi Sabtu, sementara anak-anak masih melelapkan mata... Ummi mencuba satu era baru untuk berkongsi idea dan ilmu dengan rakan-rakan di luar sana. Walaupun sudah terlambat rasanya, namun azam di hati tak pernah pudar untuk mempunyai blog sendiri. Awal tahun dulu pernah cuba satu blog, tapi kerana kesuntukan masa dan kekurangan ilmu. Blog tu cuma tinggal nama sahaja. Diharapkan kali ini, blog ini bakal sama-sama melakar dunia baru untuk perkongsian ilmu dan percambahan pendapat di alam dunia cyber.. InsyaALLAH.





"TINTAEMAS81" bermula di sini.. kenapa Tinta Emas? TINTA merupakan satu alat berharga untuk menulis ilmu pada zaman dulu-dulu dan EMAS merupakan satu benda yang sangat berharga, takkan susut nilainya, takkan berkurangan pengumpulnya. 81? Itu simbolik tahun kelahiranku pada tahun 1981.. Value Tinta + Value Emas = Moga menjadi satu perkongsian yang sangat berharga..



-TintaEmas81-
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .....Tinta Emas81...... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.