SIFIR GAJI BARU 2012 UNTUK GURU-GURU.. (SKIM SPBA)


Cikgu-cikgu dah boleh kira sendiri ye gaji baru bermula bulan Januari 2012..
Caranya :
Gaji lama skim SSM digerakkan satu tangga ke depan (kalau skrng T12 gerakkan ke T13)
Lepas tu padankan dengan gaji baru skim SPBA (JGS) yang paling hampir.. Itulah gaji cikgu yang baru..


Pekeliling gaji baru untuk cikgu2.. SKIM SPBA

KELEBIHAN 10 MUHARRAM (HARI ASYURA)



(HARI INI 10 MUHARRAM..Dalam kesibukan kita meluangkan masa cuti sekolah, bekerja, menunaikan tuntutan dunia.. Jgn lupa satu hari penting yang hanya hadir sekali dalam setahun.. ia bukanlah bulan Ramadhan yang mana kita sentiasa berlumba menambah ibadat, bukan bulan zulhijjah di mana bulan kita berkorban. Tetapi bulan Muharram yang di dalamnya sarat fadhilat, kelebihan & keberkatan...Jadikan Muharram bulan penting dalam hidup kita, masukkan dalam kalendar & diari kehidupan kita... (Pesanan untuk diri sendiri)

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',  maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.

·         Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

 
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

 
Sufyan berkata.  Telah kami cuba,  maka rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan  Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
·         1.  Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  • 2.  Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  • 3.  Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  • 4.  Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  • 5.  Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  • 6.  Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  • 7.  Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  • 8.  Allah menenggelamkan Fir'aun
  • 9.  Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  • 10.  Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' .  Sebahagian lain berpendapat,  dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
Assalamualaikum wbt.. Subhanallah sedar tak sedar, sudah hampir setahun blog ini bersawang tak terusik.. kesibukan, keterbatasan masa menyebabkan blog ini kurang diambil perhatian.

2 Disember 2011.. tidak sampai 30 hari lagi kita akan menjejak kaki ke tahun 2012.. Awal Muharram 1433hijrah sudah menjelma.. Apakah azam tahun Muharram kita tahun ini? Kita sentiasa memperbaharui azam, namun cepat melupakan... secepat sawang yang melata di rumah kita. Kita membiarkannya lemah.. mundur..& tanpa dicaj.. Teringat ceramah seorang Ustaz : bila datang tahun baru, tambah satu amal kebaikan dan cuba buang satu sifat buruk..

Contoh : Cuba konsisten SEDEKAH & Tak mahu lagi MENGUNGKIT SEDEKAH  yang telah diberikan.. Astaghfirullah.. Mengungkap kata2 memang mudah, memasang azam tidak terasa berat. Namun melaksanakannya umpama meletak 1000 tan pasir di bahu.

Sekiranya azam ini hendak disenaraikan SAYA MAHU :

Jadi ibu yang baik untuk anak-anak.. dapat mengawal emosi, dapat berjemaah setiap waktu di rumah bersama anak2, sentiasa sedar potensi diri anak2.. dapat menjadi  'super mom' utk anak2




Menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata suami..



Menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa yang semakin meniti usia.. menelefon bertanya khabar sekurangnya seminggu sekali.. apabila membuat apa2 kebajikan, tidak lupa niat untuk  Ma & Abah
 Jadi guru yang cemerlang, mendidik dengan ikhlas tanpa jemu.. Tidak rasa terbeban dengan tugas yang diberi.. Gembira ke sekolah, bertemu anak murid, pelbagaikan teknik mengajar..


 Apa yang penting, saya mahu menjadi HAMBA yang diterima segala amal, merasa seronok dalam melakukan ibadat, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan..

Mana mungkin saya hanya meletakkan satu azam kebaikan sedangkan saya mempunyai azam & kehendak yang begitu banyak.. Banyak kemahuan yang belum dipenuhi & kesalahan yang perlu diperbaiki.. MasyaALLAH.. beginilah rakusnya hati manusia.. Azam yang satu belum tentu saya dapat laksanakan, apatah lagi ratusan, ribuan & jutaan azam...

Teringat Sabda Rasulullah (saw) : "Sebaik-baik amal ialah yang sedikit tetapi berterusan"

Sahabat-sahabat, Menyenaraikan azam memang  mudah, namun merealisasikannya memerlukan semangat & peringatan yang utuh dalam diri. Hati mesti kuat, jiwa mesti kental..

Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini dalam menuju Mardhotillah.. Kalaupun tidak 10 azam, jadikanlah 1 azam Hijrah tahun ini satu kenyataan yang terpahat kukuh seumur hidupku.



Syaitan sentiasa menghasut anak ADAM supaya kita lalai & leka


Surah Yaasin... Bacaan yang merdu dan lancar


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .....Tinta Emas81...... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.