Pertama dan selama-lamanya syukur dirafa'kan ke hadrat Illahi kerana berpeluang menceburi bidang Blog. Tepat 31 Oktober 2009, jam 7.25 pagi. di keheningan pagi Sabtu, sementara anak-anak masih melelapkan mata... Ummi mencuba satu era baru untuk berkongsi idea dan ilmu dengan rakan-rakan di luar sana. Walaupun sudah terlambat rasanya, namun azam di hati tak pernah pudar untuk mempunyai blog sendiri. Awal tahun dulu pernah cuba satu blog, tapi kerana kesuntukan masa dan kekurangan ilmu. Blog tu cuma tinggal nama sahaja. Diharapkan kali ini, blog ini bakal sama-sama melakar dunia baru untuk perkongsian ilmu dan percambahan pendapat di alam dunia cyber.. InsyaALLAH.
"TINTAEMAS81" bermula di sini.. kenapa Tinta Emas? TINTA merupakan satu alat berharga untuk menulis ilmu pada zaman dulu-dulu dan EMAS merupakan satu benda yang sangat berharga, takkan susut nilainya, takkan berkurangan pengumpulnya. 81? Itu simbolik tahun kelahiranku pada tahun 1981.. Value Tinta + Value Emas = Moga menjadi satu perkongsian yang sangat berharga.. 

-TintaEmas81-

