Salam Ukhuwwah buat semua blogger...






Pertama dan selama-lamanya syukur dirafa'kan ke hadrat Illahi kerana berpeluang menceburi bidang Blog. Tepat 31 Oktober 2009, jam 7.25 pagi. di keheningan pagi Sabtu, sementara anak-anak masih melelapkan mata... Ummi mencuba satu era baru untuk berkongsi idea dan ilmu dengan rakan-rakan di luar sana. Walaupun sudah terlambat rasanya, namun azam di hati tak pernah pudar untuk mempunyai blog sendiri. Awal tahun dulu pernah cuba satu blog, tapi kerana kesuntukan masa dan kekurangan ilmu. Blog tu cuma tinggal nama sahaja. Diharapkan kali ini, blog ini bakal sama-sama melakar dunia baru untuk perkongsian ilmu dan percambahan pendapat di alam dunia cyber.. InsyaALLAH.





"TINTAEMAS81" bermula di sini.. kenapa Tinta Emas? TINTA merupakan satu alat berharga untuk menulis ilmu pada zaman dulu-dulu dan EMAS merupakan satu benda yang sangat berharga, takkan susut nilainya, takkan berkurangan pengumpulnya. 81? Itu simbolik tahun kelahiranku pada tahun 1981.. Value Tinta + Value Emas = Moga menjadi satu perkongsian yang sangat berharga..



-TintaEmas81-

3 comments:

ummuiman said...

salam kak sal,
tahniah krn berjaya melakarkan satu blog peribadi utk dikongsi bersama...
saya pun ada cita2 nak membina blog sendiri tapi blm berkesempatan...lps ni bolehla kita share apa2 perkara yg bermanfaat bersama kan?syabas!

Salbiah Salleh said...

akak suka tengok facebook najwa yang resipi kuzi tu.. kalau ada blog lagi best najwa. akak ni baru je dalam dunia blog.. tengah belajar lagi..

ummuiman said...

hehe...zmn skrg canggih-manggih...masak pun leh masuk FB...=)sekali sekala masak menu special,nak jugak share dgn kawan2..(share tengok jelah)hehe...InsyaAllah saya pun tgh cari masa nak belajar buat personel blog...tungguuuu!

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .....Tinta Emas81...... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.