Namun, 3 hari merasa air azimat kurniaan Illahi. Ummi yang dangkal ilmu terus menyua susu formula. Pengaruh keluarga sekeliling, tekanan anak menangis tanpa henti.. alasan yang diguna susu kurang.. kesian putera sulungku. 2 kali disuakan susu formula, Ahmad Mu'az terus menolak. mahukan susu yang asli dari ummi.. Alhamdulillah, berkat kesabaran Ummi berjaya menyusu sepanjang cuti 60 hari.
Cabaran kedua bermula apabila Mu'az dihantar ke rumah pengasuh.. "Baby ini perlukan susu yang elok.. Belilah susu yang mahal.. En** G***. Kedangkalan kedua bermula dalam hidup ummi. susu Dumex yang murah kubuang, diganti dengan susu mahal. kononnya anak akan bijak dan tiada masalah penyakit. Namun, sama sahaja. Ruam satu badan, cirit birit, demam, selsema datang silih berganti macam anak-anak lain. Tidak kulihat magiknya susu mahal. Masuk umur 6 bulan.. sekali lagi ajaran baru masuk dalam minda Ummi.. "Baby ni tak kenyang kalau minum susu sahaja.. kena campur dengan nestum". Ummi mengikut tanpa membantah.
Hari demi hari Mu'az membesar macam anak-anak lain. 20 Oktober 2007, Mu'az mendapat adik baru.. SARAH. Kini Ummi sudah bersedia segalanya.. Ilmu yang ada kutimba sebanyak mungkin.. Web susuibu.com banyak membantu.. sokongan kawan-kawan yang fully Bf anak. Nekad untuk menyusu tanpa campuran formula, Ummi mula memasang azam dan doa.. Alhamdulillah Sarah berjaya disusukan tanpa susu formula selama 1 tahun 8 bulan. Itupun terpaksa berhenti kerana Sarah bakal menyambut adik baru. ummi pula tergolong dalam golongan berisiko untuk meneruskan penyusuan sebab pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.. Ummi pasrah, apa yang terbaik telah cuba dilakukan.
Apa yang membantu Ummi meneruskan penyusuan penuh buat Sarah??

My Supportive husband..

Kegagalan Menyusukan Mu'az

Tak sampai hati nak stop BF bila tengok muka SARAH

Pump AVENT yang sangat membantu..

Power Pump SPECTRA 3 yang sangat berbaloi..
No comments:
Post a Comment